SOS TIRAM
Sawi Goreng Sherwanis Style
Bahan-Bahan:
- 250grm sawi jepun
- 1 ulas bawang putih
- 2-3 inci isi ayam ( udang or sotong pun boleh)
- 2 sudu teh Sos Tiram Sherwanis
- 2 sudu teh kicap lemak Sherwanis
- Sedikit tepung jagung
- Sedikit minyak untuk menumis
- garam dan gula secukup rasa
Sawi basuh dan tos..selak selai2 ye..bio bersih..Panaskan air dalam kuali, titiskan beberape titik minyak, masukkan sedikit garam Bila air dah mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan. Isi Ayam racik racik halus, dan ketepikan.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil2 Bila bawang dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi ( sukatan air lepas celur sawi ikut selera anda)Masukkan kicap lemak Sherwanis, ayam racik ,gula dan perasa secukupnya...kalo kurang masin tambah sedikti garam.Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. kepekatan sos ni ikut kesukaan anda.d ah masak siram atas sawi yg disusun tadi. Taburkan la sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang..
KICAP MASIN
Sotong Masak Kicap Sherwanis
Bahan-Bahan:
- 500g sotong
- 1 biji bawang besar -hiris bulat
- 3 biji cili merah - hiris serong
- 2 biji cili hijau - hiris serong
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit serbuk kunyit
- Kicap masin Sherwanis secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
Gaul sotong bersama sedikit garam dan serbuk kunyit secara merata.Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Hati-hati jangan sampai kering hangus pula.Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin Serwanis secukupnya. Kacau sebati.Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar (kalau guna bawang holland lagi sedap). Kacau lagi.Perlahankan api, tutup semula kuali dan bila lada dan bawang mula layu barulah boleh dihidangkan
CILI GILING
Sambal Udang Sherwanis
Bahan-Bahan:
- 1 kilo udang-dipotong ekor dan kepala
- 10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar
- 5 ulas bawang putih ~ dikisar
- 100g Cili giling sherwanis
- 2 sudu besar asam jawa campur air
- belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili
- 1 sudu teh garam
- 6 ~ 7 sudu besar gula
Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing.Anda boleh juga guna minyak lebihan mengoreng udang tadi, Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar. Tumis hingga garing.Kemudian masukkan cili dan belacan yang di kisar sekali dan masak lagi hingga cili betul-betul garing dan pecah minyak. Bila dah garing masukkan air asam jawa.Lepas tu masukan dengan garam dan gula. Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.Biar dia merenih kejap kemudian barulah masukkan udang yang kita dah goreng tadi.Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar manis airnya baru tutup api dan sedia di hidangkan.
SOS LADA HITAM
Puyuh Black Pepper Sherwanis
Bahan-Bahan:
- 2 ekor burung puyuh - bersihkan
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 1/2 cawan sos lada hitam Sherwanis
- Garam dan serbuk kunyit secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Gaul burung puyuh bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya Panaskan minyak. Kemudian goreng pula burung puyuh. Ketepikan dan Asingkan minyak bekas gorengan tadi. Tinggalkan sedikit didalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. Masukkan sos lada hitam. Masak seketika. Masukkan puyuh yang telah digoreng. Kacau sebati Masukkan pula bawang besar. Masukkan juga garam dan gula secukupnya. Masak sehingga semua bahan sebati dengan kuah. Bolehlah dihidangkan.
SOS CILI
Ayam Yangnyeom Sherwanis Style
Bahan AyamGoreng :
- 16 sayap ayam
- 1 sudu kecil garam Dan Lada Hitam
- 1/2 sudu kecil halia parut
- 1 inci halia
- 1/2 cawan tepung jagung
- Minyak untuk menggoreng
Bahan sos pedas korea
- 2 sudu besar bawang parut
- 1 sudu kecil halia parut
- 1 sudu besar kicap Manis Sherwanis
- 2 – 3 sudu besar Cili Giling Sherwanis
- 4 sudu besar sos cili Sherwanis
- 2 sudu besar madu
- 2 – 3 sudu besar Cili Giling Sherwanis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil minyak bijan
Campurkan sayap ayam dengan garam, lada, dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit.Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih, dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain, dan kacau rata. Masak hingga pekat sedikit, kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api.Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata. . Tambah minyak ke dalam kuali untuk deep fry. Panaskan minyak kepada 320 ° F. Jatuhkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Goreng mereka dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz sayap ayam.Panaskan ulang minyak hingga 370 ° F. Masukkan ayam (anda boleh melakukan ini dalam satu kumpulan untuk menggoreng kedua), dan goreng lagi, selama 2 hingga 3 minit, sehingga perang ringan emas. Letakkan di atas rak dawai atau dalam penapis mesh besar ditetapkan pada mangkuk,Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau hingga sayap ayam sama rata bersalut.
KICAP LEMAK MANIS
Daging Masak Kicap Lemak Manis
Bahan-Bahan:
- 300g Daging – dipotong kecil2
- 1 labu bawang besar – mayang halus
- 2 ulas bawang putih – diketuk ajerr
- 1 inci halia
- 2 inch halia – dihiris nipis
- Rempah 4 sekawan
- 1/2 cawan sos tiram sherwanis
- 1/2 cawan kicap lemak manis Sherwanis
- Minyak masak untuk menumis dan Sedikit air
Daging dibersihkan lalu direbus hingga empuk. Setelah daging empuk, masukkan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama halia, bawang merah dan bawang putih. Masukkan kentang dan carrot masak hingga empuk.Setelah itu, masukkan kicap lemak manis dan sos tiram dan air tambahkan air lagi jika perlu. . Masak hingga sebati.Jika mahu, pekatkan kuah dengan campuran sedikit tepung jagung bersama air Tuangkan dalam kuah dan kacau sebati hingga mendidih.Tutup api dan sedia dihidangkan. Hiaskan dengan bawang besar, cili merah dan cili hijau
KICAP LEMAK
Mee kicap Sherwanis
Bahan-Bahan Mee:
- 250 gm mee kuning
- 40 gm taugeh
- 1cm halia ditumbuk
- 5 sudu besar kicap Lemak Sherwanis
- 1 sudu kecil pati ikan bilis
- sedikit lada sulah
- 1/2 cawan sos tiram sherwanis
- 1 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
Bahan-Bahan Sup:
- 1 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3 cawan air
- 1 sudu kecil pati ikan bilis
- fish cake dan fish ball
- garam dan lada sulah secukup rasa
- 150gm isi udang dan sotong
Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing Angkat bawang putih dan ketepikan .Baki minyak tadi tumiskan halia hingga naik bau Masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat.Biar mendidih.Masukkan lada sulah dan pati ikan bilisPerasakan dengan garam dan gula jika perlu.Renihkan kuah hingga pekat. Ok dah siap kuah, sekarang kita sediakan pula supnya.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau .Masukkan air dan biar mendidih.Masukkan pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake,isi udang , sotong dan sikit garam.Biar mendidih.Dah pun siap sup kita, sekarang bagaimana pula kita nak sediakan mee ni.Mula kita celur mee kuning dahulu, tapis dan letakkan dalam pinggan.Kemudian kita celurkan taugeh, tapi dan letak atas pee dlm pinggan tadi.Tuangkan kuah kicap kita tadi,taburkan daun bawang , dan bawang putih yang kita dah goreng tadi.Jika ada ayam goren, ayam madu atau ayam hainan bolehlah di hiris dan di letakkan untuk di makan bersama.Mee ni di makan bersama Sup bebola tadi.Tambahkan sambal kicap atau cili jeruk untuk rasa yang lebih terangkat
KICAP MANIS
Ayam Masak Kicap Sherwanis
Bahan-Bahan
- Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
- 1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
- 1 labu bawang besar - hiris bulat
- 1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
- 1 sudu besar cili giling sherwanis
- Daun sadri/daun bawang - hiris
- Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
- Lada hitam - tumbuk kasar
- 1/2 cawan Kicap manis
- 1 sudu besar Sos tomato sherwanis
- 1 sudu besar Sos tiram sherwanis
- Bahan bahan kisar: 1/2 labu bawang besar | 5 ulas bawang merah | 2 ulas bawang putih | 1/2 inci halia
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.Masukkan , kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.Setelah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, bawang besar dan cili giling. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.Selamat mencuba.
SOS TOMATO
Ayam Masak Ros Sherwanis
Bahan-Bahan
- 3/4 ekor ayam - dipotong saiz sesuai
- 1 cawan Sos tomato sherwanis
- 2 sudu besar sos cili sherwanis
- 2 sudu besar sos tiram sherwanis
- 2 senduk penuh cili cili giling sherwanis + bawang putih + bawang besar - blender
- 4 sudu kecil gula pasir
- 1 biji bawang besar - hiris kasar
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan Kicap manis
- garam secukup rasa
- mix herb Secukup rasa
bersihkan ayam kemudian gaul dengan kunyit dan garam selepas tu digoreng sehingga 3/4 masak.kurangkan minyak dalam kuali cukup-cukup untuk menumis bahan kisar dan tumis bahan kisar dan tomato sehingga naik bau dan wangi.kemudian tambahkan sos cili, sos tiram, garam, gula, dan serbuk perasa. selepas tu tambahkan dengan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga sos mendidih.masukan ayam yang sudah digoreng tadi dan bawang hiris. kemudian kacau sehingga kuah berkurang atau biarkan berkuah sedikit bila suka berkuah.akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas.








